Yang Baru
Selamat Tahun Baru
Moga Hidup Tidak Lagi Kelabu, Jalan Juga Bukan Melulu.
Doanya Semua Makin Terpandu
______________________________
Syukur pada tuhan, artikel pertama saya sudah keluar di Milenia Muslim edisi Januari 08. Dengan izin tuhan, saya akan menulis secara tetap dalam majalah ini, sekurang-kurangnya untuk tahun 2008. Doakan semuanya elok-elok sahaja.
Berikut sedutan daripada artikel:
Masjid dan Remaja.
“Kelapa muda fikir kelapa tua sahaja yang luruh. Kelapa muda lambat lagi jatuh. Masih banyak masa,” begitulah perumpamaan yang dibuat oleh Ustaz Muhammad Nor apabila ditanyakan tentang sedikitnya remaja yang hadir di masjid.
Bunyinya semacam klise. Ayat biasa yang diulang-ulang oleh agamawan apabila memberi komen tentang remaja dan masjid. Tetapi Ustaz Muhammad Nor bukan ustaz yang ‘biasa’. Beliau menyampaikan kuliah Ulum Al-Quran sepenuhnya menggunakan komputer riba dan projektor.
Bukan setakat ‘Al-Quran maya’ yang dipancarkan terus ke slaid, bahkan kitab Manar al-Huda dalam Bahasa Arab turut dipersembahkan dalam bentuk yang sama.
Peranan teknologi.
Ustaz Muhammad Nor, imam Masjid Al-Ikhlas di Kuala Terengganu, sedar bahawa teknologi membawa kuliah dan ceramah agama ke satu era yang baru.
“Apabila saya menggunakan komputer dan slaid, orang tidak perlu buka Al-Quran. Semua tengok pada slaid sahaja. Ini memudahkan.”
Beliau menambah bahawa penggunaan slaid membolehkan maklumat disampaikan dengan tepat dan tidak boleh dipertikai oleh pendengar.
“Biasanya apabila mengajar dengan komputer ini, orang tidak bertanya lagi. Sebab semuanya jelas. Yang mana tidak ada kitab juga boleh turut mendengar sama.”
Milenia Muslim boleh didapati di semua kedai-kedai utama termasuk Borders, Kinokuniya, Times dan Mynews.
Selamat membaca :)
1 Comments:
Salam Thn Baru Hijrah 1429 Cill. Moga sihat2 selalu. Rindu tawa kamu.
Post a Comment
<< Home